Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Semarakkan kegembiraan di kalangan tetamu anda dengan pilihan minuman yang inovatif.
Ini merupakan resipi mudah yang memerlukan hanya tiga kandungan – gabungan sirap Monin Macaron, STL English Breakfast tea dan susu di dalam jag. Panaskan semuanya sehingga berbusa. Permukaan yang berbuih pastinya menceriakan tetamu di pagi hari, apatah lagi bila dihidangkan bersama gula-gula marshmallow.
Tiada yang lebih mengujakan selain daripada coklat gelap untuk musim cuti ini. Gabungkan sos Monin Dark Chocolate, STL Peppermint infusion dan susu di dalam jag serta busa sehingga panas. Masukkan daun pudina dan curahkan sos karamel coklat di atasnya untuk menambah selera. Siap!
Inilah minuman yang tepat untuk malam yang penuh tekanan. Tenangkan tetamu anda dengan minuman yang menyegarkan bernama Pemulih Hebat. Bahan yang anda perlukan adalah sirap Monin Lemon Ginger, STL Chamomile Tea dan air panas di dalam periuk diikuti halia dan lemon. Minuman ini ternyata begitu menyegar dan menenangkan.
Seimbangkan coklat dengan rasa segar Earl Grey. Tetamu anda pastinya mengingati Coklat Grey Panas ini untuk jangka masa yang lama. Gabungkan sos Monin Dark Chocolate, STL Earl Grey Tea dan susu di dalam jag, kemudian panaskan sehingga berbusa. Untuk lebih mengujakan, cipta seni latte dengan L'Artiste de MONIN. Rasanya pasti sehebat rupanya!
Berseronoklah dengan rasa tropika yang menyegarkan dengan minuman Pemangkin Delima. Bahan yang anda perlukan adalah Monin Pomegranate syrup, STL English Breakfast tea, jus epal, satu hirisan oren dan tiga hirisan epal. Gabungkan semua bahan di dalam jag susu dan panaskan sehingga berbusa. Pikat orang ramai dengan keaslian hiasan daun pudina, hirisan epal dan delima.
Kembali kepada TEH DALAM BISNES MAKANAN
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.