Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Ketahui tentang trend terkini minuman teh dan apakah maknanya dalam perniagaan makanan anda!
Inovasi adalah kunci kejayaan industry perkhidmatan makanan hari ini, dan inilah yang diketengahkan oleh Lipton dan Monin dalam #MixTealogy.
#MixTealogy menggabungkan teh Lipton yang berkualiti dengan kepakaran Monin dalam bidang perisa – menghasilkan resipi yang kreatif dan idea untuk minuman yang menarik dan lazat untuk dihidangkan di semua pusat perkhidmatan makanan.
Sempena kerjasama ini, Lipton dan Monin telah mengadakan sebuah majlis pelancaran #MixTealogy pada 19hb September 2017 bersama rakan kongsi dan pihak media. Majlis yang diiringi oleh pakar pembancuh minuman dan juga pemenang anugerah iaitu Jeffri Sulaiman, telah menonjolkan beberapa resipi mocktail yang diperbuat daripada teh Sir Thomas J Lipton dan sirap Monin. Para tetamu dijemput mencuba minuman-minuman yang dibancuh oleh Jeffri dan pakar minuman dari pihak Monin di bar, atau mencuba minuman teh-nitro yang tersedia terbancuh.
Ketua UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata “Sebagai salah sebuah peneraju perniagaan perkhidmatan makanan di dunia, Unilever Food Solutions berbangga dikaitkan dengan jenama Lipton dan rakan kongsi terbaru kami iaitu Monin. Visi kami adalah untuk memberikan inspirasi kepada pengusaha makanan dengan menawarkan pelbagai menu yang kreatif dan memberikan latihan dan penyelesaian yang relevan kepada mereka dan pelanggan mereka. Para pengusaha makanan adalah segalanya buat kami dan perkhidmatan yang kami berikan kepada pengusaha makanan di Malaysia adalah untuk memastikan pelanggan mereka berpuas hati dengan makanan dan minuman yang dihidangkan agar pelanggan akan sentiasa mengunjungi restoran mereka”
Tontoni acara-acara menarik #MixTealogy dalam video ini!
Kembali kepada TEH DALAM BISNES MAKANAN
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.