Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Kami menyenaraikan beberapa sebab kenapa pengguna di Malaysia berubah meminum teh.
Padat dengan manfaat kesihatan yang mengagumkan, teh membantu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan kencing manis. Ia juga turut melawan kanser dengan kandungan antioksidannya yang tinggi. Selain itu, meminum teh juga telah terbukti mengurangkan risiko penyakit Parkinson serta turut mencegah daripada kehilangan kepadatan tulang tahun demi tahun.
Jika sajian anda dihidangkan kepada kumpulan yang prihatin kesihatan, Sir Thomas Lipton Chamomile Infusion merupakan pilihan yang hebat untuk dihidangkan. Teh berasaskan herba seperti kamomil juga turut menawarkan kelegaan kepada mereka yang sakit perut dan juga bagus untuk membantu mereka yang susah tidur. Ini adalah kerana ia mengandungi glisina yang berfungsi sebagai sedatif ringan.
Kaya dengan bahan bakar lemak dan hebat di dalam mengurangkan selera, teh turut meningkatkan metabolisma anda; kerana itulah teh membantu di dalam mempercepatkan pengurangan berat badan.
Cubalah hidangkan Sir Thomas Lipton Peppermint Infusion dan Sir Thomas Lipton Green Tea jika terdapat permintaan bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Bau teh pepermin yang menyegarkan mampu mengurangkan selera untuk makan, dan dalam masa yang panjang boleh mengurangkan tabiat memakan snek yang tidak sihat. Teh hijau juga mengandungi katekin, sejenis antioksidan yang meningkatkan proses pembakaran lemak.
Kebanyakan rasa teh yang lazat sememangnya mengatasi rasa kopi yang pahit. Ianya sangat serasi dengan pelbagai rasa dan adalah sempurna untuk pelanggan moden yang mencari minuman yang menyeronokkan dan mengujakan deria rasa mereka.
Jauhi kebiasaan dan hidangkan Sir Thomas Lipton Green Tea Jasmine dan Sir Thomas Lipton Chamomile Infusion di dalam sajian anda untuk pendekatan yang kontemporari – terutamanya sejak rasa flora semakin mendapat sambutan.
Tiada yang lebih memuaskan selain menikmati secawan teh panas bagi mengatasi keadaan tidak bermaya di pagi hari. Ramai yang inginkan ciri-ciri kopi yang menyegarkan dan mereka lazimnya memilih teh sebagai minuman gantian – ia menyegarkan anda tanpa kesan kafein berlebihan seperti mana yang biasa terdapat pada kopi.
Jika tempat anda menawarkan set sarapan pagi, cuba sertakan Sir Thomas Lipton Earl Grey dan Sir Thomas Lipton English Breakfast sebagai sebahagian daripada menu anda. Teh hitam mengandungi kafein paling tinggi berbanding teh jenis lain, kerana itulah ia menjadi minuman yang sesuai pada pelanggan yang ingin meningkatkan tenaga mereka.
Kembali kepada TEH DALAM BISNES MAKANAN
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.