Mocktail Raya Yang Menyegarkan
Cipta minuman seduhan dengan sentuhan tempatan untuk musim perayaan ini
Apa lagi yang lebih baik selain daripada minuman menyegarkan yang menghilangkan dahaga di jamuan Hari Raya anda? Tetamu lazimnya suka mengakhiri makanan mereka dengan manisan, tetapi manisan yang terlalu manis tentunya meloyakan. Bagi mengelakkan ini terjadi, pastikan keseimbangan ideal rasa di dalam resepi itu sendiri. Di sini terdapat beberapa idea mudah untuk dicuba di acara anda nanti!
Serbuk Limau Nipis Knorr 400g
Serbuk Limau Nipis Knorr memberikan rasa kesegaran limau nipis yang membuatkan pelanggan anda tertanya tentang jenis limau yang anda gunakan.1 pek Serbuk Limau Nipis Knorr mengandungi 150 biji limau nipis sebenar*, dan mampu menghasilkan 100 gelas air limau nipis, terbaik untuk penjimatan kos dan menghasilkan rasa yang enak.Bahan serba boleh ini bukan sahaja baik untuk menghasilkan minuman tetapi juga sebagai bahan masakan, menjadikannya bahan yang perlu ada di dapur.
*Merujuk kepada arahan penggunaan 1 sudu t

Minuman Serai & Limau
Seteguk sahaja pastinya mengujakan! Inilah minuman menyegarkan untuk tetamu yang telah puas menikmati sajian. Bahan-bahannya adalah gula, air, serai dan Knorr Lime Seasoning Powder yang direbus sehingga mendidih. Dihidangkan dengan ais, kombinasi kesegaran limau dan keharuman serai pastinya memikat selera sesiapa sahaja. Untuk menyemarakkan lagi keasliannya, cuba gunakan batang serai sebagai pengganti penyedut minuman. Caranya mudah sahaja, buangkan sahaja bahagian tengah serai dan hidangkan bersama minuman anda, keunikannya pasti menarik perhatian ramai!

Teh Limau Pudina Ais
Daun pudina merupakan tambahan yang sempurna untuk apa sahaja minuman. Ia menyuntik rasa segar pada semua minuman, begitu juga untuk mocktail ini. Untuk membuat minuman ini, sediakan gula yang dijadikan sirap, air, Knorr Lime Seasoning Powder dan daun pudina yang dihancurkan, kemudian campurkan saja dengan teh Lipton Yellow Label. Hasilnya adalah minuman tropika yang sangat sempurna dengan asas teh yang mempunyai sedikit rasa masam.

Minuman Longan & Limau
Campuran mudah sirap longan, Knorr Lime Seasoning Powder dan serai menjadikan minuman ini pilihan popular untuk dihidangkan bersama sajian lain. Ia juga mengandungi sumber Vitamin C yang hebat. Bayangkan kepingan longan berjus direndam dengan asas sirap limau yang menyegarkan dan disempurnakan dengan ketulan ais yang mengimbangkan rasa masam manis, menjadikan ianya begitu menggoda bagi kita yang mengalami cuaca panas lembap seperti kita. Para tetamu tentunya tak sabar menambah!

Minuman Teh Buah Ais
Ciptalah minuman tropika istimewa daripada pekatan jus! Resipi ini memerlukan sirap oren dan Knorr Lime Seasoning Powder. Campurkan semuanya di dalam Teh Lipton Yellow Label dan hiaskan dengan kepingan oren untuk menikmati minuman lazat yang mengujakan!

Minuman Halia Limau Berbuih
Direka untuk tetamu yang mementingkan kesihatan, minuman mengandungi halia ini mengandungi khasiat yang dikenali ramai untuk mengurangkan kembung perut dan angin. Diperbuat daripada tiga bahan utama iaitu ale halia, Knorr Limau Seasoning Powder dan air soda – minuman yang menyegarkan ini pastinya menggembirakan lidah dan perut peminumnya.

Air limau pandan
Tumbuh-tumbuhan tropika sering sahaja dihidangkan di dalam sajian tempatan. Pandan mempunyai bau harum yang menggamit selera dan menambah kelazatan minuman eksotik ini. Resepi ini memerlukan daun pandan, gula dan air. Semua bahan ini direbus sehingga mendidih. Kemudian, larutkan Knorr Lime Seasoning untuk minuman yang penuh nikmat.
Kembali kepada TRADISI RAMADAN
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian