Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Lihat beberapa hidangan tradisional khas untuk berkhidmat di hotel anda yang bankuet Ramadhan ini!
Disajikan bersama nasi atau lemang, Daging Masak Gulai Kawah ialah sejenis juadah yang terkenal dengan harumannya yang menggiurkan.
Berasal nun dari utara, juadah ini berubah menjadi gelap bila dimasak di dalam kawah. Apabila disediakan dengan cara tradisi kampung, amboi... kelembutan dagingnya bak irama dengan lagu—harmoni dengan batang pisang, pucuk kelapa, rebung buluh, betik atau pisang muda, yang bermandi dalam kepekatan gulai.
Makanan wajib di kalangan Melayu dan Peranakan, Nasi Ulam merupakan alternatif sihat bagi yang menggemari nasi goreng.
Herba dan rempah yang dicincang halus seperti bunga kantan, daun kaduk, daun limau purut, daun kesum, daun kunyit, serta bawang memainkan watak-watak utama dalam juadah ini. Selepas siap dimasak, penyudahnya ialah taburan kerisik untuk nikmat yang tak terbanding.
Tak sah Ramadhan tanpa minuman yang serba manis. Bagi peminat teh Lipton, naikkan kelazatannya dengan sesudu Serbuk Perasa Limau Knorr. Bagi yang kurang minat, segelas air sejuk jadi lebih menyegarkan bila ditambahkan sedikit serbuk perasa tadi, bersama hirisan limau dan daun pudina!
Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.