
Kami menjemput anda dalam pengembaraan makanan dari seluruh dunia yang mengujakan. Pada 13 Ogos 2019 di Pusat Konvensyen Grand Ballroom 1&2, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), ketahui bagaimana anda boleh mempertingkatkan perniagaan makanan anda dengan trend makanan terkini dan citarasa masakan dunia.
Mungkin anda berminat untuk belajar tentang 'Mixtealogy', ataupun anda ingin melihat bagaimana mengunnakan digital dalam perniagaan restoran anda. Jom datang ke pameran makanan untuk merasa pelbagai jenis masakan bergaya dan hadiri ceramah eksklusif oleh chef tempatan dan antarabangsa.
Anda akan menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, menikmati barangan percuma dan mendapatkan tawaran eksklusif. Anda juga berpeluang untuk memenangi baucar dan barangan elektronik dari sesi cabutan bertuah kami.

-
Agenda
1.30 PM Kedatangan & Pendaftaran Tetamu 2.00 PM Pembukaan Acara 2.20 PM Pameran Makanan Masa Depan
Lawati gerai-gerai yang dianjurkan oleh chef profesional dan pakar industri untuk persembahan trend, perkongsian pandangan dan masakan dunia.
- European
- Tex Mex
- North Asia
- South East Asia
- Mixtealogy
- World of Digital
Penceramah Jemputan
- 2.30 - 2.50 PM – {Tips dan Trend Masakan Antarabangsa} by Unilever Food Solutions Australia
- 3.05 - 3.50 PM – {Memperkembangkan Bisnes F&B Anda} by myBurgerLab, Grub by Ahong & Friends, Strangers at 47
- 4.05 - 4.35 PM – {Transformasi Digital di Industri F&B} by Fave, Grab, Unilever Food Solutions Malaysia
4.30 PM Sesi Cabutan Bertuah 5.00 PM Tamat
Untuk maklumat lanjut, jangan ragu untuk PM kami melalui Facebook atau hubungi kami: +60 3-2246 2288