Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Tahukah anda, pembuangan sisa makanan boleh membawa keburukan?
Dalam negara yang berpelbagai macam Malaysia, industri makanan selalu mengalami permintaan tinggi. Akan tetapi, masalah pembuangan sisa makanan dan pembazirannya belum lagi ditangani. Malaysia perlu mengeluarkan makanan untuk lebih kurang 32 juta orang. Bayangkan jika bilangan yang sama ini juga membuang sisa makanan setiap hari! Di bawah merupakan maklumat statistik mengenai pembaziran makanan.
Pelbagai kajian menunjukkan jumlah 33,000 tan datang dari pembuangan sisa makanan harian–itu juga bermaksud satu orang mengeluarkan sekurang-kurangnya 0.544kg sisa makanan dalam sehari. Selain itu, lebih kurang 15,000 tan dari 33,000 tan yang disebut itu, jumlahnya sama dengan jumlah yang diperlukan untuk memberi makanan kepada 10 juta orang!
Berdasarkan keputusan kajian ini, ia sangat jelas bahawa faktor-faktor ini boleh menyumbangkan ke kehilangan komoditi dan keuntungan dalam industri makanan. Pembuangan sisa makanan kian meningkat, dan industri makanan akan menghadapi masalah perniagaan jikalau pengeluaran sumber dan bahan mentah menurun.
Oleh itu, mengurangkan pembaziran makanan perlu dijadikan initiatif oleh industri makanan dalam seluruh negara. Dengan ini, pertumbuhan perniagaan dan ekonomi boleh dikekalkan tanpa menjejaskan perniagaan. Semua industri makanan perlu berganding bahu dan hentikan pembaziran makanan! Rujuk artikel di bawah untuk maklumat lanjut tentang pembaziran makanan:
Memenangi Perang Pembaziran Makanan
Pembaziran makanan adalah salah satu faktor utama pemanasan global - ketahui bagaimana anda dapat mencegahkannya!
Bagaimana untuk Menggunakan Lebihan Bahan Makanan
Pelajari untuk menggunakan bahan-bahan yang berlebihan di dapur anda.
Kembali kepada Perniagaan Makanan 101
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.