Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Serlahkan restoran anda daripada pesaing lain dengan menu yang menawarkan pelbagai pilihan untuk tetamu.
Memandangkan Tahun Baharu Cina pun tidak lama lagi, restoran mungkin sibuk membuat pelbagai persiapan untuk persediaan perayaan yang bakal tiba. Jadi, bagaimana anda mahu melakukan persiapan agar restoran anda terserlah berbanding restoran lain di musim perayaan ini?
Menu komprehensif merupakan menu penting yang membolehkan ramai pelanggan membuat keputusan. Sebagai permulaannya, reka beberapa set menu dengan membahagikan beberapa jenis pelanggan dan kerumitan penyediaan sajian tersebut. Ianya haruslah sesuai untuk pelbagai jenis belanjawan dan tajuk setiap set menu mengikut tema akan menjadi tarikan pelanggan. Sebagai contoh, memasukkan kata kunci seperti “Kekayaan”, “Kesihatan’, “Keuntungan” dan “Harta” memberi makna simbolik di sebalik sajian pertemuan semula.
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan konsep khusus bagi menu anda. Ini akan menonjolkan restoran anda sebagai restoran yang mempunyai pelbagai sajian Cina dari pelbagai wilayah, seperti Kantonis, Hakka, Shanghai dan juga Sichuan. Konsep vegetarian juga semakin digemari di kalangan pelanggan. Jadi dengan menawarkan menu khas untuk memenuhi keperluan diet anda, anda mungkin akan menarik ramai bakal pelanggan ke restoran anda. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga juga perlu diambil di dapur bagi mengelakkan jangkitan silang berlaku di antara sajian biasa dan vegetarian.
Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menyediakan sajian berkonsep mesra pelanggan yang menawarkan sajian penting dengan beberapa perubahan mengikut kesukaan pelanggan.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.