Pengenalan kepada Masakan Itali
Ketahui apa yang membuatkan masakan Itali sentiasa menjadi pilihan popular di kalangan pelanggan.
Kehebatan kepelbagaian rasanya yang mewah membuatkan masakan Itali dimartabatkan sebagai satu kesenian.

Dimasak dengan bahan-bahan asas, resipi masakan Itali lazimnya menggunakan minyak zaitun, bawang putih, cuka balsam hinggalah ke tomato, pelbagai jenis pasta dan tentunya keju. Parmesan, mozzarella dan ricotta adalah beberapa tambahan biasa yang menambah kedalaman rasa, manakala herba digunakan secara konsisten sebagai kondimen kepada masakan.
Pengalaman hidangan Itali biasanya terdiri daripada empat peringkat – antipasti /anTEE-pasTEE/, hidangan pertama (primo piatto) /PREE-mo PYAT-to/, hidangan kedua (secondo piatto) /se-KON-do PYAT-to/ dan pencuci mulut. Diterjemahkan sebagai “sebelum hidangan”, antipasti bertindak sebagai pembuka selera dan terdiri daripada pelbagai jenis seperti salad, sup atau daging dan keju.
Hidangan peringkat pertama kaya dengan karbohidrat, seperti pasta, risotto atau gnocchi. Pilihan yang popular adalah Spaghetti Carbonara /spa-GHET-tee kar-bo-nara/, Risotto alla Milanese /REE-soto alla mi-la-NEH-se/, and Gnocchi di Semolino /NYO-ki di se-mo-LI-no/.

Spaghetti Carbonara
Hidangan ini dikata tercipta selepas perang dunia ke-2 apabila tentera Amerika dan orang-orang Itali secara kreatif mencipta resipi mudah berdasarkan bahan yang mereka ada, dan hasilnya, Spaghetti Carbonara.

Risotto alla Milanese

Gnocchi di Semolino
Gnocchi sering sahaja disangkakan sejenis pasta, tetapi sebenarnya ia adalah sejenis ladu, yang lazimnya diperbuat daripada kentang dan tepung.
Bahagian hidangan peringkat kedua agak kecil, biasanya tertumpu pada hidangan protein seperti stik, ayam, ikan atau kambing. Kambing panggang, Involtini Di Manzo (gulungan daging) /EEN-vol-tini di MAHN-zo/, dan Pesce al Cartoccio (Ikan Bakar di dalam kerajang) /PEH-sheh al KAR-toch-cho/ sentiasa digemari warga Itali.

Daging Bakar

Involtini Di Manzo
Versi vegetarian kepada involtini, hidangan ini menggunakan terung yang dihiris nipis sebagai pembalut bagi menggantikan daging.

Pesce al Cartoccio
Pencuci mulut Itali sentiasa pelbagai dari segi persembahan. Ianya boleh jadi semangkuk buah-buahan dengan plating manis. Panna cotta /PA-nah KOT-tah/, tiramisu /TEE-rah-mee-su/, dan tartufo /TAR-too-foh/ adalah pilihan popular untuk melengkapkan hidangan yang hebat.

Panna cotta

Tiramisu
Resipi tiramisu moden dikatakan berasal daripada restoran di Treviso, Itali, di mana pemiliknya meluangkan masanya selama dua tahun untuk menyempurnakan resipi tersebut.

Tartufo
Dikatakan berasal pada tahun 1952, apabila chef pastri kehabisan cawan untuk menghidangkan pemanis mulut. Dengan bijaknya beliau mencipta bebola coklat keras berinti aiskrim sebagai pengganti.
Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian