Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Nikmati kudapan kegemaran anda sempena musim bola sepak ini
Pertandingan sudah bermula, begitu juga dengan selera anda! Sajikan kudapan bertema bola sepak ini untuk menyemarakkan semangat tetamu anda. Nikmati malam yang penuh dengan sorakan serta sos pencicah sedap oleh Lady’s Choice Real Mayonnaise.
Kepak Ayam 'Buffalo'
Biar tetamu anda bersorak dengan kepak ayam yang disediakan dengan sos pencicah barbeku mayones. Gaul ¼ nisbah sos barbeku dengan Lady’s Choice Real Mayonnaise dan tambah sedikit lada hitam. Potong sedikit lobak merah dan saderi; tambahkannya ke sos pencicah anda!
Piza Tuna
Raikan kedatangan tetamu anda dengan piza buatan sendiri. Sediakan bahan-bahan piza seperti potongan bawang, tuna kering, serbuk paprika dengan Lady’s Choice Real Mayonnaise untuk rasa yang memuaskan bagi asas piza anda. Bakar dan sajikan hidangan rangup dan ringan ini untuk tetamu anda yang giat menonton pertandingan bola.
Taco Cili
Kudapan kegemaran Mexico ini pasti mencuri hati tetamu anda dari kaca televisyen. Senang dimakan, dan senang disediakan! Goreng daging cincang pilihan anda dengan cili, bawang dan tomato yang dipotong. Sajikan dalam taco rangup, dengan Lady’s Choice Real Mayonnaise di atas.
Kentang Manis Goreng
Ini bukan kentang goreng biasa, tetapi kentang manis goreng untuk tetamu anda! Boleh dibakar dengan ketuhar ataupun digoreng dalam bentuk ‘wedges’, ‘shoestring’ atau potongan biasa. Sediakan sos pencicah dengan Lady’s Choice Mayonnaise, digaul dengan lada hitam, serbuk paprika pedas dan daun bawang–pasti tetamu anda puas!
Burger Mini
Kudapan yang senang dimakan sangat penting untuk pelbagai majlis raian dan burger mini ini pasti memuaskan hati tetamu anda yang menggemari daging! Goreng daging cincang yang dibulatkan dan letak di ban roti yang dipanggang dengan mentega. Sapukan Lady’s Choice Real Mayonnaise di dua-dua bahagian ban dan tambah daun salad, tomato dan bawang.
Kembali kepada Demam Bola Sepak
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.