Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Jom sambut tahun baru dengan impak!
Terdapat pelbagai trend dan idea makanan yang kreatif diperkenalkan pada tahun 2018, 2019 pula bagaimana? Berikut adalah beberapa trend yang bakal menjengah di tahun baru ini.
Rakyat Malaysia sememangnya bangga terhadap makanan tempatan. Kami turut suka bereksperimen dengan rasa baru. Jadi mengapa tidak gabungkan kedua-duanya? Idea ini membuka peluang untuk mengungguli rasa makanan tempatan dengan kejutan keju! Contohnya, nasi lemak yang disukai ramai boleh dicampurkan dengan keju untuk tambahan rasa yang lebih meletup! Kini, semakin banyak restoran bereksperimen dengan menu masing-masing untuk para pelanggan terokai.
Poke bermaksud “hiris atau potong” dalam Bahasa Hawaii dan merujuk kepada potongan mentah, perapan ikan. Ia adalah kombinasi ekstravaganza protein dan serat. Poké Bowl terkenal dengan gabungan ramuan meriah protein dan serat bersama perasa organik yang sihat. Hidangan ini pada mulanya hanyalah sajian ringkas dan segera Hawaii buat para peluncur, kemudian menjadi amalan makanan menu sihat. Gubahan Poké Bowl dengan ramuan tempatan seperti belacan atau kuah sate membantu menyerlahkan rasa tradisional kita! Restoran Paperfish telah pun menyajikan Poké Bowl yang disesuaikan dengan rasa tempatan mengikut cita rasa anda. Jadi, gubahlah Poké Bowl anda yang tersendiri dengan sedikit minyak sambal pedas mereka.
Pencuci mulut comel yang inovatif ini sering menarik hati penggemar makanan manis. Disebabkan sifat rasanya yang lazat sebagai pencuci mulut, rekaan kuih mochi jenis masin pasti membawa anjakan baru yang kreatif! Pelanggan boleh menikmatinya bersama dengan sajian tempatan popular seperti mochi perisa kari, rendang dan juga sambal. Sajian pencuci mulut ini seterusnya pasti akan menjadi buah mulut semua.
Kembali kepada Apa Yang Terbaru?
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.